Monday, August 4, 2008

udang sambal perahan limau

bahan bahan yg diperlukan..

  1. 40 batang cili kering

  2. 2 bawang merah

  3. 2 bawang putih

  4. 2 bawang kuning besar

  5. lengkuas

  6. udang yg secukup nya

  7. air perahan limau

  8. 3 biji kentang

  9. gula secukup rasa

  10. garam

  11. sos tiram

  12. sos cili

  13. tomato 3 biji


cara2 memasak:

blend cili kering, bawang merah, lengkuas dan bawang putih sehingga lumat. kemudian di tumiskan dlm kuali yg telah di panas kan.. tumis sehingga pecah minyak. kemudian masukkan gula secukup rasa, agak agak je laaa, dan jangan lupa masukkan sekali garam sedikit. pastu masukkan kentang yg telah di poting dengan cantiknya.. jangan potong dadu sbb tak cantik. gaul gaul sehingga sebati. kalau agak agak sambal yg di tumis tadi nak kering, tambahkan air sikit. make sure jangan terlalu kering kerana nanti takde kuah pulak

ok bila agak2 kentang da empuk, da tak keras, baru masukkan udang itu. ok masukkan sikit sos tiram (sbb nak rasa sedap sket) n sikit sos cili. Apa apa brand pon boleh laaaa. pastu kita tgok, sambal yg di goreng tadi da nak kering, tambah air lagi sket.

pastu bila nampak da nak siap da bau da sedap, masukkan bawang kuning besar yg telah di potong bulat2, bentuk ring. kemudian, agak2 da nak lembek bawang ring tu, masukkan pula tomato yg telan di potong cantik.. last but not least, masukkan air perahan limau. air perahan limau kena masuk last last sbb kalau masuk awal2 nanti rasa masam limau tu da takde da.. heheheh

ok da siap. maka skang ni utk hiasan, suka ati laa nk hias camna pon. yg penting nampak sedap. makan masa panas panas sangat sedap ya.. thank u dan selamat mencuba

1 comment:

Anonymous said...

sedap!!